![]() Pemergian tiba-tiba ayahanda saya pada jam 8 pagi 14hb Syawal 1439, bersamaan 28hb Jun 2018, amat mengejutkan kami sekeluarga kerana beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit sebelumnya. Jika tidak berceramah di seluruh negara, Allahyarham menghabiskan masanya dengan membuat penyelidikan khasnya di bidang Missiologi, berbincang dengan sahabat-sahabat atau berada di mejanya untuk menulis artikel di blognya.īila ada kelapangan, ayahanda saya juga amat gemar menjemput sahabat handai dan kenalan untuk menjamu selera di rumah kami. Jadual kerja ayahanda saya amat padat dan seringkali ayahanda saya terpaksa memandu ke seluruh negara dan meninggalkan rumah selama berminggu lamanya. Sejak tahun 2012, ayahanda saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang ancaman terhadap akidah umat dan kedaulatan Islam di negara ini. ![]() ![]() Karim bin Omar ialah seorang aktivis Islam yang tegar mempertahankan agama, bangsa dan negara.īergerak dibawah NGO Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), ayahanda tersayang saya juga merupakan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ![]() Hari ini genap seminggu ayahanda saya meninggalkan kami dan saya amat merinduinya.ĭilahirkan di Kuala Terengganu, Allahyarham Haji A.
0 Comments
Leave a Reply. |